Sunday, February 13, 2011

Testimoni - Stroke & Kajiannya

STROKE! kesian kpd org tua kita atau family kita mahupun mereka yg kita kenali.. cubalah Ageless Bio Optima utk membantu mereka.. Bagi mereka yg masih ragu2 akan keupayaan estrak kelapa sawit kita.. Terbaik utk pesakit STROKE, hati dll..

Kalau kena STROKE, kira2lah bil yg mendatang. Bla dh kena STROKE, ada yg sanggup atau terrrpaksa spent money beli alat mcm Dr.Jism smpai RM13K, ubat2an lagi, pergi balik hospital, pemeriksaan susulan, refleksologi, fisioterapi, massage laa, bla3.. tk tau laa brapa.. kena lak spend utk katil yg baik utk mreka yg terlantar d atas katil..

Tak kena tak tahu, bla dh kena, baruu nyesal.. dan masa tu akan kluarlah Statement : "Kalaulah aku.. " Adakalanya sedih dan kesal kerana sesuatu yg kita anggap remeh, akhirnya memberi IMPAK YG BESAR dlm diri dan keluarga kita..


Kisah 1
Cikgu Yusuf Hj Mahat (sepupu kepada En. Mohd Husaini pemberi testimoni ini), menghidapi diabetes semenjak umur 32 tahun iaitu sekitar 14 tahun yang lalu.

Akhir November 2010, beliau telah terlibat mengendalikan program Kementerian Pelajaran di MITI Air Keroh Melaka melibatkan guru-guru seluruh Malaysia. Walaupun kepenatan, beliau tidak berehat kerana terlalu gembira berjumpa rakan-rakan dari seluruh Malaysia.

Selepas subuh, beliau terlelap. Bangun pagi, beliau merasa badan sangat berat dan bersangka kepenatan masih menyelubungi dirinya. Beliau tidur kembali. Selepas zuhur, beliau terjaga dan ternyata beliau tidak boleh bergerak dan tak boleh bercakap. Mujur, rakan sebilik kebetulan kembali ke bilik hotel dan menyedari masalah dan keadaan beliau. Lalu beliau dibawa ke Hospital Besar Melaka untuk mendapatkan rawatan.

Saya mendapat panggilan dari ibu saya sekitar jam 6.00 petang. Ibu saya mengatakan sepupu saya ini terkena STROKE!! Saya bergegas ke hospital dan sampai sekitar jam 9.00 malam. Ketika itu saya hanya memerhatikan gelagat semua orang. Sepupu saya terbaring dan separuh badannya lumpuh, tidak boleh berkata-kata dan keadaan mulutnya agak senget. Ujian MRI tidak menunjukkan apa-apa dan ternyata doktor masih serba salah bagaimana hendak merawat beliau. Ketika itu, saya meminta isteri sepupu saya ini, Kak Aida untuk memberi Ageless  kepada Abang Yusuf. Abang Yusuf tidak dapat menelan kapsul Ageless, lalu saya memecahkan 3 biji kapsul Ageless dan  saya larutkan Ageless ke dalam air. Kak Aida menyudukan larutan Ageless tersebut ke dalam mulut Abang Yusuf. Seterusnya apabila keadaan telah stabil, saya balik ke kampung saya di Nyalas.

Dalam kesibukan, saya tidak dapat mengikuti perkembangan sepupu saya ini. Seminggu kemudian saya mendapat panggilan dari Kak Aida mengatakan Agelesssudah habis. Saya ke rumah beliau bersama Ageless dan mendapati bahawa sepupu saya telah boleh berjalan dengan bertongkat dan sudah boleh bercakap tetapi tidak jelas butirannya. Saya ingatkan Kak Aida nak sebotol Ageless, rupa-rupanya beliau nak 3 botol Ageless kerana beliau sendiri dan rakannya ingin  mencuba Ageless. Mujur saya membawa stok lebih.

Sebulan selepas itu, saya mendapat panggilan dari Kak Aida kerana hendakkan Ageless. Saya bersama keluarga singgah rumah Kak Aida untuk ziarah dan untuk menghantar Ageless. Ternyata Abang Yusuf sudah boleh bergerak tanpa bantuan tongkat dan bercakap lebih jelas butirannya walaupun kekadang lambat dan tersasul. hanya pergerakkan tangannya masih lagi berat. Dalam keadaan begitu pun mereka boleh membawa saya sekeluarga berjalan-jalan sekitar Melaka dan Bandar Hilir.

Ternyata Ageless melalui kajian saintifik dan testimoni menunjukkan Agelesspenawar sangat mujarab untuk pelbagai masalah otak dan saraf termasuk strok. Bagi mereka yang menggunakan Ageless, sekiranya terkena strok, sel-sel otak anda terlindung dari kerosakkan. Bagi mereka yang baru terkena strok, Ageless memudahkan pemulihan dengan kadar yang sangat segera. Bagi yang telah lama terkena strok, Ageless membantu pemulihan tetapi mungkin mengambil masa juga. Insya Allah.

"Ageless penawar mujarab untuk masalah saraf terutamanya strok. Insya Allah"

Kajian Saintifik
PULAU PINANG, 10 Ogos: Pokok kelapa sawit bukan sahaja menghasilkan minyak yang berkualiti.

Malah kini, satu jenis vitamin E, yang juga dikenali sebagai ‘tocotrienol’, dikenalpasti berupaya membantu dalam pencegahan kerosakan otak akibat kecederaan zon putih otak (White Matter Lesion).

Menerusi kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik Pusat Pengajian Sains Farmasi dan Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) Universiti Sains Malaysia (USM), vitamin E kelapa sawit ini juga mampu menghalang kerosakan hati akibat pengumpulan lemak yang boleh kemudiannya membawa kepada kegagalan hati.

Penyelidikan yang diterajui oleh Prof. Yuen Kah Hay dan Prof. Ibrahim Lutfi Shuaib bermula sejak tahun 2007 dan dibiayai menerusi geran penyelidikan Lembaga Minyak Sawit Malaysia bernilai lebih RM4 juta. Prof. Yuen juga salah seorang contoh testimoni terbaik utk Stroke kerana beliau sndiri pernah mengalami STROKE dan pulih sepenuhnya dari mengamalkan AGELESS Bio Optima.

Menurut Prof. Ibrahim Lutfi Shuaib, ‘White Matter Lesion’ ini memberikan gambaran pengurangan aliran darah ke bahagian otak seseorang dan kerap memperlihatkan potensi risiko bagi seseorang itu berhadapan dengan penyakit angin akhmar.

“Kita pada awalnya mengambil sejumlah 400 sukarelawan yang kemudiannya diklasifikasikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan MRI dan bukan MRI.

“Kumpulan MRI terlibat di dalam kajian bagi tempoh dua tahun sementara kumpulan bukan MRI hanya bagi tempoh 1 tahun. Sub-kumpulan dalam kedua-dua kumpulan ini seterusnya diberikan kapsul tocotrienol 400mg setiap hari. Berdasarkan kajian ini, kita mendapati tocotrienol memberikan kesan positif kepada sukarelawan yang terlibat ini,” kata beliau ketika membentangkan hasil kajian kepada Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia, Tan Sri Bernard Giluk Dompok di Bilik Persidangan Canselori.

Turut hadir di dalam pembentangan yang sama ialah Datuk Dr. Mohd Basri Wahid, Ketua Pengarah, Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Prof. Asma Ismail, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) USM, Prof. Madya Syed Azhar Syed Sulaiman, Dekan Pusat Pengajian Sains Farmasi USM, Dr. Hj. Ramli Saad, Pengarah IPPT USM, David Ho, Pengarah Urusan, Hovid Berhad dan M. Nagarajan, Setiausaha Bahagian (Minyak Sayuran, Lelemak dan Sago), Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia.

Dalam pembentangan yang sama, Enrico Magosso daripada Pusat Pengajian Sains Farmasi pula berkata pihaknya telah menjalankan kajian kepada 60 sukarelawan dewasa yang menerima 400mg tocotrienol dan kajian tersebut menunjukkan perubahan positif kepada 50% sukarelawan yang mengambil bahagian.

“Hasil kajian ini akan dibentangkan kepada 'Liver Meeting of the American Association for the Study of Liver Diseases' di Boston, Amerika Syarikat,” kata beliau.

Tambah beliau lagi, Non-Alcoholic Fatty Liver Disease' (NAFLD) tidak mempunyai terapi ubat dan kajian yang dijalankan oleh mereka adalah yang pertama untuk menunjukkan bahawa tocotrienol yang dijual sebagai makanan tambahan boleh merawat penyakit itu.

No comments:

Post a Comment